Kupasan Mengenai Kepimpinan

Maksud hadith; “Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi orang yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah”.

Assalamualaikum w.b.t...

Sudah 3 bulan kan Anggerik tidak update untuk entry2 terbaru. Maafkan lah pihak kami ini. Terdapat beberapa kekangan yg tidak dapat dielakkan. Sebanarnya, banyak peristiwa2 yang ingin kami kongsikan bersama. Tidak mengapa, mungkin lain kali. Kali ini, kami ingin berkongsi sedikit mengenai kepimpinan. sesungguhnya, kita ini memang tak dapat lari dari kepimpinan. Walaupun kita mengelak untuk menjadi seorang ketua dalam satu organisasi tapi sebanarnya kita adalah seorang pemimpin sejak azali lagi. Tak perlu dilantik oleh sesiapun.

Sebagai contoh, kita anak2 adalah pemimpin. Kita boleh memimpin adik beradik kita, bantu mereka agar mereka tidak menyimpang jauh. Ibu bapa juga pemimpin dimana mereka mendidik dan mencorakkan kehidupan anak2 mereka sendiri. Hakikatnya, kita semua adalah KHALIFAH yang dilantik oleh ALLAH utk mentadbir muka bumi ini. Walaupon kita bukan ketua negara tetapi kita semua bertanggungjawab utk memakmurkan bumi Allah ini.

Artikel ini kami dapatkan dr mantan JPK sendiri iaitu saudari Nur Farahah Binti Razali. Pengisian utk artikel ini telah dikupas oleh Ustaz Nasaie. Walaupun ustaz kurang bersedia tetapi pengisian yang ustaz beri membuatkan diri ini bermuhasabah seketika. Merenung amalan-amalan yang tidak seberapa. Allah! Kerdil diri ini! Bantulah hambamu ini Ya Allah!


Tajuk : Ciri-ciri Qiadi (pemimpin)

-Ikhtibar melalui sirah:-

Kerajaan Mamalik, Salahuddin Al-Ayyubi, kisah Abu Dzar Al-Ghifari dan ikhtibar melalui Perang Teluk.



-Ustaz menggariskan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin:-

1) Beriman (aqidah dan akhlak yang mantap).

2) Berilmu.

3) Berwibawa.

4) Bersedia untuk ditegur dan mahu belajar.

5) Mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Ikhlaskan diri kerana Allah s.w.t. Bantuan hanya hadir bila diri kita menghadirkan keikhlasan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

6) Bertahajjud (Insya-Allah akan hilang ketakutan dan yakin batuan hanya dari Allah).


-Nasihat ustaz:-

1) Pemimpin jangan merancang terlalu lama. Perjuangan mesti diteruskan even dah 'grad'.

2) Luangkan masa dengan 'kawasan'.

3) Pemimpin mesti ada murabbi*.

4) Pemimpin mestilah bersederhana, jangan berasa sudah cukup.

5) Sentiasa mengadakan jaulah (ziarah atau lawatan) ke rumah 'alim ulama'.

6) Pemimpin adalah hamba terbukti dalam surah Ali 'Imran ayat 26.

Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali 'Imran, 26)



*Guru bukan sekadar Mua’llim sahaja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Murabbi, Muaddib, Mudarris… Peranannya nampak sama sahaja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah Muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga Mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya… selain Murabbi..yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani… Bukan mudah untuk menjadi Mu’allim yang sebenarnya… Mudah untuk mengajar…tetapi sejauh mana apa yang diajar meresap ke dalam diri kita untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian… begitu besar dan mendalam makna sesuatu perkataan.

Sekian sahaja perkongsian penulis buat sahabat-sahabat. Rindu perkongsian murabbi-murabbi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat (moga hati lembut dapat praktikkan dalam kehidupan seharian amin..). moga ditakdirkan Allah juga dengan perkongsian Ustaz Nasaie lagi. Syukran ustaz. Alhamdulillah. Wallahualam.

Sihat D'Anggerik

Tarikh: 25 september 2010
Tempat: Anjung Blok A1
Waktu: 9.00 pagi - 4.00 petang

Pada 25 September yang lalu, JPK Anggerik telah mengadakan program Sihat D'Anggerik. Program ini pada dasarnya telah mendapat ilmu yang berguna dan bermanafaat antaranya cara-cara penjagaan gigi yang betul, kepentingaan terhadap penjagan kesihatan diri, membentuk masyarakat yang prihatin kepada pesakit yang memerlukan darah melalui program menderma darah.



Bagi aktiviti derma darah, pelajar Anggerik berpeluang merasai, melihat tentang aktiviti derma darah. Mereka juga mendapat nasihat berguna tentang kelebihan menderma darah dimana seseorang itu akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan apabila dia menderma darah. Malah jika zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, iaitu satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).Setiap penderma juga akan dapat mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Hanya 60 orang yang menderma daripada 100 orang yang disasarka
n


Bagi aktiviti pemeriksaan gigi, pelajar-pelajar mendapat pengetahuan berguna mengenai cara mencegah penyakit gigi, mengesan penyakit gigi di peringkat awal, menyelia penjagaan kebersihan gigi sendiri dan sebagainya. Semasa pemeriksaan, doktor pergigian akan : ·

1. Mengemaskini rekod gigi dan perubatan. ·
2.Memeriksa dan merawat masalah gigi -
i. Kerosakan gigi. -
ii. Penyakit gusi. ·

3. Melakukan rawatan pencegahan seperti penskaleran dan pengilapan. ·
4. Memberi nasihat mengenai penjagaan kebersihan mulut : -
i. Teknik memberus dan menggunakan flos. -
ii. Tabiat pemakanan. ·
5. Merujuk anda kepada doktor perubatan iaitu pusat kesihatan atau pakar pergigian jika
perlu.



Bagi aktiviti pemeriksaan kesihatan, pelajar mendapat infomasi berguna mengenai pemeriksaan kesihatan yang harus diberikan penekanan bagi mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup wanita. Justeru, pendedahan tentang jenis-jenis penyakit yang mudah dihadapi dan berisiko tinggi perlu dipertingkatkan termasuk keperluan penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Disamping itu, program ini mempertingkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan wanita tentang pentingnya kesejahteraan kesihatan, pencegahan penyakit dan perawatan diri. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ialah ujian tekanan darah dan penerangan tentang jenis-jenis penyakit yang berisiko tinggi yang perlu dicegah antaranya demam malaria, tibi, serangan jantung, HIV dan sebagainya.



Program “Sihat D’ Anggerik” telah berjalan dengan lancar seperti yang telah diaturkan oleh JPK Anggerik dengan bantuan AJK Program. Program ini telah tamat pada jam 4.00 petang. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar wanita khususnya penghuni Kolej Anggerik mengambil berat tentang kesihatan diri disamping mempunyai sikap bertanggunjawab dan prihatin didalam menderma darah. Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan ditujukan khas kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program berlangsung terutama sekali kepada Felo Kolej Anggerik, JPK Anggerik, dan AJK Program.
Nota:
1. Laporan disediakan oleh Saudari Shafina Ismail
2. Terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Klang, Fakulti Pergigian UiTM dan Pusat Kesihatan UiTM

Super Dooper @ Anggerik

Pada 8hb Ogos 2010 lalu, hari Ahad iaitu semasa program SuperDooper@Anggerik, program ini bermula dengan pembukaan kaunter pendaftaran pada jam seawal 7.30 pagi dan pendaftaran ditutup pada jam 8.00 pagi oleh biro pendaftaran. Selepas itu, program ini dimulakan dengan program senamseni yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Lahir B Maharam selama satu jam. Pelbagai kaedah senamseni yang ditunjukkan oleh beliau kepada para pelajar Kolej Anggerik.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan acara pertandingan membungkus nasi lemak seiring dengan pertandingan cabaran teh tarik yang dikendalikan oleh biro program dan dibantu oleh para Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan ajk program yang lain. Dalam pertandingan ini para pelajar masing-masing menunjukan kepakaran masing-masing dalam membungkus dan cabaran teh tarik. Kedua-dua pertandingan ini diadili oleh Pegawai Pembangunan Pelajar, En. Azmi b Adnan, Cik Zuriati dan Saudari Norhidayu (YDP Kolej Anggerik). Para peserta dan pelajar Kolej Anggerik bersarapan dengan menu nasi lemak dan teh tarik selepas sahaja berakhirnya cabaran teh tarik dan pertandingan bungkus nasi lemak. Selepas sahaja bersarapan, acara diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka yang diwakili oleh blok-blok Kolej Anggerik dimana mereka semua mempamerkan pasukan sorak dan maskot blok masing-masing.


Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah boling padang, ikat belon dikaki, terompah gergasi, straw&getah, kongsi psurat khabar, baling bola ping pong, bawak bola pingpong, dan mengubah coklat. Aktiviti ini diadili dengan jumlah pungutan mata untuk setiap sukaneka yang dijalankan. Program ini diuruskan oleh biro program dan bantuan dari Jawatankuasa Kolej Anggerik dan AJK program SuperDooper@Anggerik. Acara tambahan selepas sahaja aktiviti sukaneka yang dijalankan, pertandingan memperagakan maskot blok masing-masing berdasarkan tema yang telah ditetapkan sebelum program ini berlansung. Sepanjang program ini berjalan, turut diadakan pertandingan teka kacang dan sementara menunggu aktiviti tamat, Borang kaji selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumbalas dan pendapat pelajar Kolej Anggerik sepanjang program ni berjalan dan kelolai oleh setiausaha progam ini. Selepas itu, para pelajar telah diagihkan makanan tengah hari dan air yang disediakan.



Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Pegawai Pembangunan Pelajar, merangkap Penasihat program ini iaitu, Cik Zuriati Bt Ab. Razak. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana para pelajar memberi komitmen yang cukup bagus dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej dan berharap pelajar semua masih lagi boleh memberi kerjasama dan menghadiri pelbagai lagi aktiviti yang diadakan pada masa yang akan datang. Seterusnya majlis penyampaian hadiah dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat semua blok diberikan hadiah bermula dari tempat pertama dan keenam.
Nota kaki:
1)Laporan ini disediakan oleh Nur Suhaida che Ani merangkap pengarah program Super Dooper @ Anggerik
2) Maaf kerana gambar diletak tidak mengikut kronologi peristiwa dan x byk gmbar diletak
3) Nk tgk gmbar lg, layari laman facebook jpk anggerik uitm..

Us

Us

Followers

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates