Kalendar Anggerik Sept 2011 - Jan 2012

Supposed kalendar ini diprint and di-distribute kepada semua pelajar Anggerik but since there were problems, printing ditangguhkan and dono if it will be printed or not.

Even so, here's the layout of the calendar for this semester
September 2011 till January 2012. With this, you can have a better planning of when to free yourselves or when to go home without clashing with the events' dates.


Hope this helps :]

P/S: About tayangan (Anggerik Screen Cinema) : Tajuk2 movie dalam calendar most probably akan dipinda following movie paling LATEST.

Anggerik Nite Live'11








Mmg dah lama berkurun berabad x di-update blog JPK nie.. Haish JPK2 nieyyy.. Suro di-update idok nye buat. So since I have time, I pun update-lah blog nie.. Dengan bertopikkan "Anggerik Nite Live'11"! Ape tue? O.o
Banner of the program.
Ia adalah..sebuah program yang telah berlangsung pada 7-8 Oktober 2011 di Dataran Kolej Anggerik. Program ini bertemakan 'Celebrating 20 Years Of Sparkling Moments'. Baca tagline pun dah boleh buat agak-agak program ni tentang apa kan? ;] Yesss, menyambut ulangtahun ke-20 Kolej Anggerik terCHENTA.

 
The stage.
Anggerik Nite Live'11 is a festival-oriented program. Kitorg ada events being held and at the same time ada sales ala pasar malam being conducted also. Nite one, we held events such as; The Queen Of Anggerik which is a fashion show using recycled stuffs competition continued by Movie Nite Live which is a drama competition performed by each block in Anggerik College.

The Queen Of Anggerik & Movie Nite Live Competitions.
On the next night, there was a band called, D'HANDS OF MERANTI performed acoustically. Some of the songs yang menjadi pilihan hati mereka -Getaran Jiwa, Fly Me To The Moon, I'm Yours, Isabella, Dancing Fingers (their own song) and etc. Trust me, THEY WERE AWESOMEEE! :]
D'HANDS of Meranti.
Next, we have karaoke competition between wakil2 daripada kolej-kolej lelaki. Yeah, GUYS only. GIRLS takleh karaoke publicly tau :] Some of the songs performed -Kaulah Segalanya, Cinta Dalam Hati, Bila Rasaku Ini Rasamu and even Ziana Zain punye lagu pun ada!
  
The searching for Anggerik Idol.
Last but not least, the prize giving ceremony. Gratz to winners!!!
Banner Tercantik - (1)AB2 (2)AB3 (3)A3
The Queen Of Anggerik - (1)AB3 (2)A2 (3)A3
Movie Nite Live - (1)A3&AB3 (2)A1&A2 (3)AB1&AB2
Anggerik Idol - (1)Meranti (2)Meranti (3)Sorry, I forgot :P


Terima Kasih my ANL CREW :]
Kak Aim.Kak Umie.Kak Tihah.Kak Aimi.Kak Timah.Kak Yuya.Kak Yaya.Kak Iqa.Kak Ana
Kak Silah.Kak Nor (Hehehe~)
Official tee of ANL'11.

Last word, FAREWELL~ Thanks for your cooperation and support! 

Pengarah Program:
Norfazliyana Zulkifli (Exco Informasi & Multimedia)
Inani Amni Mokhtar (Exco Keusahawanan)
JPK ANGGERIK 2011/2012

Lembaran Baru 2011/2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Ingin kami maklumkan disini bahawa semester kedua bagi tahun 2011 akan bermula pada 12 September. Jadi para pelajar yang telah mendapat kemudahan penginapan di Kolej Anggerik bolehlah mendaftar pada 11hb. Ingat..11hb sahaja. Kalau dtg lebih awal or sampai lebih awal pun kne tggu 11hb jgak utk mendaftar. Pihak kolej x provide kemudahan bilik before 11hb. Takut kne tindakan tatatertib pulak yerp.

So diharapkan semua pelajar Anggerik dah bersedia nak menempuh cabaran baru sempena semester baru ni. Good Luck and Selamat Maju Jaya!

Aihh..happy lah sket nk msuk sem baru nie..hehe ;)

Sekian :)

Tayangan Februari & Mac

Uish bersawanglah blog nie! Hahaha. Assalamualaikum! & Salam 1 Malaysia! Mintak maaflah..dah lama blog nie tak dikemaskini. Al-maklumlah JPK Anggerik boleh dikatakan busyla jugak kan bulan Februari lepas ;) Okay..lepas ni insyaAllah blog ini akan di-update dengan aktiviti-aktiviti bulan Februari such as, SUKOL, Seminar Komunikasi Bersama Personaliti TV3, dinner meraikan mantan 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan', Go Health Go Green & Get Sweat Get Healthier.


Post ini hanyalah berkisarkan tentang tayangan yerp. Hihi. Jadi, bulan Februari, dua tayangan telah dilaksanakan iaitu, Magika & Tron Legacy. Penglibatan pelajar pada awalnya kurang memuaskan. Jadi, kami telah mengambil inisiatif untuk menjual tiket wayang pada hari tayangan sahaja dan bukan di bilik-bilik JPK. So, dapatlah melatih pelajar-pelajar Anggerik yang 'rajin' turun event nieh menjadi lebih rajin turun padang & tengok wayang sama-sama :P Apologies to students yang hope sgt2 utk tgk Tron Legacy, kami mengalami masalah penipuan yang DAHSYAT yang menyebabkan filem Tron Legacy tidak dapat ditayangkan and was being substitute by the film, Megamind :)


And then, tayangan diteruskan lagi on March. Two films have been screened which are Hantu Kak Limah Balik Rumah & The Tourist. Alhamdulillah, students' participation raised. Hopefully, Anggerik students will be more active on participating all of our events next time! ;)


And, there's another one movie left to be screened on 25th of March that is Khurafat!!! Don't miss it! See you there!

Tayangan Ngangkung & Magika



Assalamualaikum & Hi! :) Seperti umum sedia maklum, tempoh hari, tayangan Ngankung & Magika terpaksa ditangguh (iskh3.. T.T) Jadi memandangkan ramai yang bertanya bile nak ditayang sekali lagi, saya ingin maklumkan di sini...tayangan pertama for this sem akan start by the 18th of February. Why so late??? Aha..in February, a lot of events will be filled in so only on the 18th & 25th of Feb that are free for tayangan. Most importantly, next month, SUKOL bermula!!! Selamat berjuang warga Anggerik! Anggerik hebat! XD Lagi satu, cerita yang akan ditayang bukan Ngangkung & Magika coz we thought crite tu dah outdated by the 18th of Feb & will be replaced with Aku Masih Dara & Tron Legacy. Hope you guys are interested with these.


More upcoming events this February :-
  • 100 Hari Bersama Pengetua : Serasi Bersama
  • Go Health Go Green
  • Get Sweat Get Healthier
  • Seminar Komunikasi Bersama Personaliti TV_? ;)
Don't forget to participate! Bersama membangunkan Kolej Anggerik :) P/S : Bawaklah brg2 yg boleh di-recycle ke Anggerik lepas cuti mid-sem ni (^^,)

Starter

Tik-Tok Tik-Tok..2011 dah menjengah kite semua selama 21 hari.. Jadi, a few things/programs have been done such as, Pendaftaran Pelajar Baru on the 2nd January (Selamat Datang!!!) Hehe. After, Pelantikan AJK setiap blok. Ada 6 blok semuanya. Some of the AJKs :

A1
A2
AB2
AB3

Then, Taklimat Bersama Pengetua called 'Ratu Hati Kami' :) This is like the first program and alhamdulillah, it went smooth and interesting XD The interesting part was when we played our montage introducing the new head committee. And of course, done by our Exco Informasi & Multimedia :p (And also the one who is writing this) Hahaha. Kat sini ade link to YouTube to watch that montage. But YouTube has disabled it's audio. So, it is mute version. Background music yg pentingnya! Techno songs. Smash your heartbeats! Btw, congratulations to all JPKs for willing to spend time to shoot for this 'short film'. Keep on giving your full cooperation in future times :) At the end, ada sesi penggambaraan setiap warga blok with the Principal & PPP. Maybe it'll be uploaded later on ;) Ape2 pun, inilah sahaja bingkisan yang dapat dikongsi buat masa ini.. Jenguk2lah warung kami selalu. Last msg, we're terribly sorry 4 the cancellation of Anggerik Screen Cinema program this week. We'll get to it very soon before long ;)


-Exco Informasi & Multimedia (Fazz) 'Anggerik Menggempar Suasana!' XP

Kupasan Mengenai Kepimpinan

Maksud hadith; “Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi orang yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah”.

Assalamualaikum w.b.t...

Sudah 3 bulan kan Anggerik tidak update untuk entry2 terbaru. Maafkan lah pihak kami ini. Terdapat beberapa kekangan yg tidak dapat dielakkan. Sebanarnya, banyak peristiwa2 yang ingin kami kongsikan bersama. Tidak mengapa, mungkin lain kali. Kali ini, kami ingin berkongsi sedikit mengenai kepimpinan. sesungguhnya, kita ini memang tak dapat lari dari kepimpinan. Walaupun kita mengelak untuk menjadi seorang ketua dalam satu organisasi tapi sebanarnya kita adalah seorang pemimpin sejak azali lagi. Tak perlu dilantik oleh sesiapun.

Sebagai contoh, kita anak2 adalah pemimpin. Kita boleh memimpin adik beradik kita, bantu mereka agar mereka tidak menyimpang jauh. Ibu bapa juga pemimpin dimana mereka mendidik dan mencorakkan kehidupan anak2 mereka sendiri. Hakikatnya, kita semua adalah KHALIFAH yang dilantik oleh ALLAH utk mentadbir muka bumi ini. Walaupon kita bukan ketua negara tetapi kita semua bertanggungjawab utk memakmurkan bumi Allah ini.

Artikel ini kami dapatkan dr mantan JPK sendiri iaitu saudari Nur Farahah Binti Razali. Pengisian utk artikel ini telah dikupas oleh Ustaz Nasaie. Walaupun ustaz kurang bersedia tetapi pengisian yang ustaz beri membuatkan diri ini bermuhasabah seketika. Merenung amalan-amalan yang tidak seberapa. Allah! Kerdil diri ini! Bantulah hambamu ini Ya Allah!


Tajuk : Ciri-ciri Qiadi (pemimpin)

-Ikhtibar melalui sirah:-

Kerajaan Mamalik, Salahuddin Al-Ayyubi, kisah Abu Dzar Al-Ghifari dan ikhtibar melalui Perang Teluk.



-Ustaz menggariskan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin:-

1) Beriman (aqidah dan akhlak yang mantap).

2) Berilmu.

3) Berwibawa.

4) Bersedia untuk ditegur dan mahu belajar.

5) Mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Ikhlaskan diri kerana Allah s.w.t. Bantuan hanya hadir bila diri kita menghadirkan keikhlasan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

6) Bertahajjud (Insya-Allah akan hilang ketakutan dan yakin batuan hanya dari Allah).


-Nasihat ustaz:-

1) Pemimpin jangan merancang terlalu lama. Perjuangan mesti diteruskan even dah 'grad'.

2) Luangkan masa dengan 'kawasan'.

3) Pemimpin mesti ada murabbi*.

4) Pemimpin mestilah bersederhana, jangan berasa sudah cukup.

5) Sentiasa mengadakan jaulah (ziarah atau lawatan) ke rumah 'alim ulama'.

6) Pemimpin adalah hamba terbukti dalam surah Ali 'Imran ayat 26.

Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali 'Imran, 26)



*Guru bukan sekadar Mua’llim sahaja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Murabbi, Muaddib, Mudarris… Peranannya nampak sama sahaja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah Muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga Mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya… selain Murabbi..yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani… Bukan mudah untuk menjadi Mu’allim yang sebenarnya… Mudah untuk mengajar…tetapi sejauh mana apa yang diajar meresap ke dalam diri kita untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian… begitu besar dan mendalam makna sesuatu perkataan.

Sekian sahaja perkongsian penulis buat sahabat-sahabat. Rindu perkongsian murabbi-murabbi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat (moga hati lembut dapat praktikkan dalam kehidupan seharian amin..). moga ditakdirkan Allah juga dengan perkongsian Ustaz Nasaie lagi. Syukran ustaz. Alhamdulillah. Wallahualam.

Sihat D'Anggerik

Tarikh: 25 september 2010
Tempat: Anjung Blok A1
Waktu: 9.00 pagi - 4.00 petang

Pada 25 September yang lalu, JPK Anggerik telah mengadakan program Sihat D'Anggerik. Program ini pada dasarnya telah mendapat ilmu yang berguna dan bermanafaat antaranya cara-cara penjagaan gigi yang betul, kepentingaan terhadap penjagan kesihatan diri, membentuk masyarakat yang prihatin kepada pesakit yang memerlukan darah melalui program menderma darah.



Bagi aktiviti derma darah, pelajar Anggerik berpeluang merasai, melihat tentang aktiviti derma darah. Mereka juga mendapat nasihat berguna tentang kelebihan menderma darah dimana seseorang itu akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan apabila dia menderma darah. Malah jika zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, iaitu satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).Setiap penderma juga akan dapat mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Hanya 60 orang yang menderma daripada 100 orang yang disasarka
n


Bagi aktiviti pemeriksaan gigi, pelajar-pelajar mendapat pengetahuan berguna mengenai cara mencegah penyakit gigi, mengesan penyakit gigi di peringkat awal, menyelia penjagaan kebersihan gigi sendiri dan sebagainya. Semasa pemeriksaan, doktor pergigian akan : ·

1. Mengemaskini rekod gigi dan perubatan. ·
2.Memeriksa dan merawat masalah gigi -
i. Kerosakan gigi. -
ii. Penyakit gusi. ·

3. Melakukan rawatan pencegahan seperti penskaleran dan pengilapan. ·
4. Memberi nasihat mengenai penjagaan kebersihan mulut : -
i. Teknik memberus dan menggunakan flos. -
ii. Tabiat pemakanan. ·
5. Merujuk anda kepada doktor perubatan iaitu pusat kesihatan atau pakar pergigian jika
perlu.



Bagi aktiviti pemeriksaan kesihatan, pelajar mendapat infomasi berguna mengenai pemeriksaan kesihatan yang harus diberikan penekanan bagi mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup wanita. Justeru, pendedahan tentang jenis-jenis penyakit yang mudah dihadapi dan berisiko tinggi perlu dipertingkatkan termasuk keperluan penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Disamping itu, program ini mempertingkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan wanita tentang pentingnya kesejahteraan kesihatan, pencegahan penyakit dan perawatan diri. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ialah ujian tekanan darah dan penerangan tentang jenis-jenis penyakit yang berisiko tinggi yang perlu dicegah antaranya demam malaria, tibi, serangan jantung, HIV dan sebagainya.



Program “Sihat D’ Anggerik” telah berjalan dengan lancar seperti yang telah diaturkan oleh JPK Anggerik dengan bantuan AJK Program. Program ini telah tamat pada jam 4.00 petang. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar wanita khususnya penghuni Kolej Anggerik mengambil berat tentang kesihatan diri disamping mempunyai sikap bertanggunjawab dan prihatin didalam menderma darah. Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan ditujukan khas kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program berlangsung terutama sekali kepada Felo Kolej Anggerik, JPK Anggerik, dan AJK Program.
Nota:
1. Laporan disediakan oleh Saudari Shafina Ismail
2. Terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Klang, Fakulti Pergigian UiTM dan Pusat Kesihatan UiTM

Super Dooper @ Anggerik

Pada 8hb Ogos 2010 lalu, hari Ahad iaitu semasa program SuperDooper@Anggerik, program ini bermula dengan pembukaan kaunter pendaftaran pada jam seawal 7.30 pagi dan pendaftaran ditutup pada jam 8.00 pagi oleh biro pendaftaran. Selepas itu, program ini dimulakan dengan program senamseni yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Lahir B Maharam selama satu jam. Pelbagai kaedah senamseni yang ditunjukkan oleh beliau kepada para pelajar Kolej Anggerik.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan acara pertandingan membungkus nasi lemak seiring dengan pertandingan cabaran teh tarik yang dikendalikan oleh biro program dan dibantu oleh para Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan ajk program yang lain. Dalam pertandingan ini para pelajar masing-masing menunjukan kepakaran masing-masing dalam membungkus dan cabaran teh tarik. Kedua-dua pertandingan ini diadili oleh Pegawai Pembangunan Pelajar, En. Azmi b Adnan, Cik Zuriati dan Saudari Norhidayu (YDP Kolej Anggerik). Para peserta dan pelajar Kolej Anggerik bersarapan dengan menu nasi lemak dan teh tarik selepas sahaja berakhirnya cabaran teh tarik dan pertandingan bungkus nasi lemak. Selepas sahaja bersarapan, acara diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka yang diwakili oleh blok-blok Kolej Anggerik dimana mereka semua mempamerkan pasukan sorak dan maskot blok masing-masing.


Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah boling padang, ikat belon dikaki, terompah gergasi, straw&getah, kongsi psurat khabar, baling bola ping pong, bawak bola pingpong, dan mengubah coklat. Aktiviti ini diadili dengan jumlah pungutan mata untuk setiap sukaneka yang dijalankan. Program ini diuruskan oleh biro program dan bantuan dari Jawatankuasa Kolej Anggerik dan AJK program SuperDooper@Anggerik. Acara tambahan selepas sahaja aktiviti sukaneka yang dijalankan, pertandingan memperagakan maskot blok masing-masing berdasarkan tema yang telah ditetapkan sebelum program ini berlansung. Sepanjang program ini berjalan, turut diadakan pertandingan teka kacang dan sementara menunggu aktiviti tamat, Borang kaji selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumbalas dan pendapat pelajar Kolej Anggerik sepanjang program ni berjalan dan kelolai oleh setiausaha progam ini. Selepas itu, para pelajar telah diagihkan makanan tengah hari dan air yang disediakan.



Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Pegawai Pembangunan Pelajar, merangkap Penasihat program ini iaitu, Cik Zuriati Bt Ab. Razak. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana para pelajar memberi komitmen yang cukup bagus dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej dan berharap pelajar semua masih lagi boleh memberi kerjasama dan menghadiri pelbagai lagi aktiviti yang diadakan pada masa yang akan datang. Seterusnya majlis penyampaian hadiah dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat semua blok diberikan hadiah bermula dari tempat pertama dan keenam.
Nota kaki:
1)Laporan ini disediakan oleh Nur Suhaida che Ani merangkap pengarah program Super Dooper @ Anggerik
2) Maaf kerana gambar diletak tidak mengikut kronologi peristiwa dan x byk gmbar diletak
3) Nk tgk gmbar lg, layari laman facebook jpk anggerik uitm..

::Coming Soon::



Semua akan berlaku 25 SEPTEMBER 2010 nanti

Nantikan kemunculan program2 ini !

...Malam Pertama....

Assalammualaikum semua,

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Moga2, ramadhan kali ini memberi 1001 satu keberkatan dan rahmat buat kita semua. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Seelok-eloknya, kita dinasihatkan supaya menganggap Ramadhan itu
sebagai kali terakhir untuk kita merasainya. Untuk apa? supaya kita umat Islam akan berpuasa dan beramal hanya semat-mata kerana Allah s.w.t. Insya Allah.

Baiklah, tajuk post tu bunyinya semacam je kan? Jgn ada yg berfikiran negatif pula. walauapa pun anda semua diberi kebebasan untuk memberi buah fikiran masing2. Okay, malam pertama. Apa kaitannya dengan Kolej Anggerik kali ini? Ya, semalam merupakan
malam pertama untuk kita semua melakukan solat tarawikh iaitu solat sunat yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Jelas skrg?

Buat malam pertama ini, solat tarawikh diadakan di dewan Graha Kolej Anggerik. Alhamdulillah, ramai yang turun untuk berjemaah bersama-sama hingga penuh Dewan Graha. Alhamdulilah. Syukur. Diharapkan jumlah ini berkekalan hingga akhirnya Ramadhan nanti. Insya Allah. Apa yang penting, kita semua digalakkan untuk menambahkan amalan kita terutamanya yang sunat itu sepanjang bulan yang mulia ini. Besar pahalanya. Diingatkan juga, bukan hanya pada bulan Ramadhan saja amalan perlu diperbanyakkan tetapi hakikatnya pada bulan2 lain juga. Exco Kerohanian telah memainkan peranan yang sgt baik kami kira. Ada aktiviti lain juga sepanjang Ramadhan ini termasuklah Tilawah Al-Quran serta berbuka puasa berjemaah..dengan kata lain Iftar Jam'ie..


Pada malam tersebut, 2 orang pelajar lelaki dr Kolej Jati telah menjadi imam kami semua. Maaf, nama mereka berdua x sempat nk ambil. Gmbar diatas menunjukkan salah seorang dr mereka memberi sedikit tazkirah selepas solat tarawikh rakaat 4. Tazkirah berkenaan menyentuh tentang fadhilat bulan Ramadhan. Berdasarkan tazkirah tersebut, dapat disimpulkan disini bahawa setiap sepuluh malam di bulan ini ada fadhilat yang tersendiri yang perlu kita sama2 kejar untuk mendapatkan pahala serta rahmat dari Allah. Apa yang penting mestilah berkenaan dengan malam Lailatul-Qadar. Bersama-samalah kita mengejarnya. Insya Allah..Moga bertemu kembali...

nota kaki:

Gmbar kebanyakkan melihatkan pelajar sedang berdoa mahupun selepas solat sunat. Maklum lah, mamarazinya pun solat juga. Gmbar imam x dapat nk di-zoom dengan lebih dekat. Nanti ada yang kata teruja pula. Hehe..sekadar pemberitahuan.

Juara FESKOL 2010...

Alhamdulilah, akhirnya FESKOL 2010 telah menutup tirainya pada 7 Ogos 2010. Satu kejayaan yg sangat bermakna buat kami semua JPK Anggerik mahupun semua JPK UiTM Shah Alam kerana berjaya menjayakan program yg kami kira sangat besar kerana kali terakhir FESKOL diadakan ialah pada tahun 2008. Membanggakan lagi byk orang-orang besar seperti TNC turut bersama-sama menjayakan program ini. Pada mlm penutup tersebut, Naib Canselor UiTM iaitu Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah merasmikan majlis penutup FESKOL 2010. Wah, terharu sungguh kami semua.

  
 Apa yang kami ingin kongsi kan disini ialah, Kolej Anggerik telah dinobatkan sebagai JOHAN FESKOL 2010 ! Bangga x terkata. Tak sangka sebuah kolej yg agak kecil dan tersorok dihujung kampus mampu menandingi kolej-kolej yang lain. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga dan JPK Anggerik yg menjayakan program FESKOL ini. Tanpa kamu semua, belum tentu Anggerik mampu utk menjuarai waima mendapat tempat ketiga sekalipun. Kini, Anggerik mampu berdiri sama tinggi dengan kolej yang lain. X sangka kerana terasa seperti Anggerik tidak banyak menghantar penyertaan kepada pertandingan-pertandingan sempena FESKOL ini. Lebih-lebih lagi debat dan juga video korporat. Cuba kalau ada pertandingan menghias rumah mahupun mereka cipta, pasti Anggerik menghantar byk penyertaan. Wah, mntang-mntang Fakulti Senibina berlagakala pula. Bukan berlagak, tp itulah kelebihannya.

Akhir kalam, tahniah diucapkan sekali lagi kepada Anggerik. Tak lupa juga pada kolej-kolej lain yang turut mendapat tempat dlm FESKOL ini. Semoga ukhwah yang terjalin antra kita semua sama ada sebelum, semasa dan selepas FESKOL ini berkekalan hingga bila2..

Segala yang baik itu dtgnya dr ALLAH dan yg buruk itu dari kekhilafan kami sendiri..sekian

FESKOL 2010: Catur Bestari

Assalammualaikum..maaf atas kelewatan untuk menulis post-post terbaru buat tatapan semua. Sebenarnya, banyak yang ingin dikongsi dan diceritakan bersama kerana adanya FESKOL 2010 atau nama penuhnya Festival Kolej 2010 bukan Festival Keamatan ya. Hahaha..sekadar gurauan.


Baiklah, FESKOL 2010 telah membuka tirainya pada 1 Ogos 2010. Acara pertama yg menjadi pembuka tirainya ialah simulasi pernigaan dan juga catur bistari. Membanggakan lagi kedua0dua acara telah diadakan di Kolej Anggerik. Disini, kami ingin fokus pada acara Catur Bistari. Catur Bistari ini bukan lah seperti catur yang biasa kita main tu. Catur bistari ini sama seperti kita bermain monopoly tetapi konsepnya banyak kearah perniagaan Islam kerana adanya penambahan seperti "amal jariah", "sedekah" dan sebagainya. Agak sukar mulanya untuk semua kumpulan bagi memulakan permainan kerana rata-rata ini adalah pengalaman pertama mereka bermain permainan ini. Mencabar. Sungguh mencabar. Jadi tidak hairan lah siapa yang menang bakal mewakili UiTM ke peringkat yg lebih tinggi.

2 gambar diatas menunjukkan gambar wakil jpk kami yang bertanding. Kak Pah yg begitu tertekan sebelum permainan bermula lagi. entah apa yang tertekan pun kami x faham. Mungkin begitu teruja nak menang kot. Tapi dapat jadi simpanan saja. Itu cukup memadai Kak Pah..Lagi satu pula pasukan Kak eton, Exco Kepimpinan kami. Kumpulan beliau mmg sgt ceria. Mcm ketuanya juga.

Catur Bistari ini berada dibawah Johor corporation. Pihak Jcorp memberi kerjasama yang baik terhadap Feskol 2010. Terima kasih diucapkan kepada mereka. diharap dapat bekerjasama lagi dengan mereka pada masa akan datang. Pihak JCorp diatas sedang sibuk mengagihkan barang2 permainan. Mereka juga turut menjelaskan peraturan permainan ini dengan jelas supaya tiada sebarang masalah yang timbul.

Ingin dinyatakan disini, hampir semua kolej menghantar penyertaan. Anggerik merupakan penyertaan terbanyak. Tahniah diucapkan. Memang penuh studio anggerik pada hari kejadian. Pada akhir pertandingan, 4 pasukan terpilih untuk mewakili UiTM dan ini termasuk pasukan simpanan. Pasukan yang juara dalam pertandingan pada hari tersebut ialah pasukan dari Kolej Perindu. Tahniah pada mereka. Semoga berjaya untuk peringkat seterusnya. Pemenang saguhati turut mendapat hadiah merupa voucher KFC. Menarik bukan??

Ni la pemenang tempat pertama pada hari tersebut.

Banyak penyertaan saat2 akhir yang pihak kami terima. Disini, kami wakil JPK Anggerik dan juga Jwatankuasa FESKOL ingin memohon maaf diatas segala kesulitan dan masalah yang telah terjadi pada hari tersebut. Sesungguhnya yang baik itu datanagnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri..sekian

Us

Us

Followers

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates