Sihat D'Anggerik

Tarikh: 25 september 2010
Tempat: Anjung Blok A1
Waktu: 9.00 pagi - 4.00 petang

Pada 25 September yang lalu, JPK Anggerik telah mengadakan program Sihat D'Anggerik. Program ini pada dasarnya telah mendapat ilmu yang berguna dan bermanafaat antaranya cara-cara penjagaan gigi yang betul, kepentingaan terhadap penjagan kesihatan diri, membentuk masyarakat yang prihatin kepada pesakit yang memerlukan darah melalui program menderma darah.



Bagi aktiviti derma darah, pelajar Anggerik berpeluang merasai, melihat tentang aktiviti derma darah. Mereka juga mendapat nasihat berguna tentang kelebihan menderma darah dimana seseorang itu akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan apabila dia menderma darah. Malah jika zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, iaitu satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).Setiap penderma juga akan dapat mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Hanya 60 orang yang menderma daripada 100 orang yang disasarka
n


Bagi aktiviti pemeriksaan gigi, pelajar-pelajar mendapat pengetahuan berguna mengenai cara mencegah penyakit gigi, mengesan penyakit gigi di peringkat awal, menyelia penjagaan kebersihan gigi sendiri dan sebagainya. Semasa pemeriksaan, doktor pergigian akan : ·

1. Mengemaskini rekod gigi dan perubatan. ·
2.Memeriksa dan merawat masalah gigi -
i. Kerosakan gigi. -
ii. Penyakit gusi. ·

3. Melakukan rawatan pencegahan seperti penskaleran dan pengilapan. ·
4. Memberi nasihat mengenai penjagaan kebersihan mulut : -
i. Teknik memberus dan menggunakan flos. -
ii. Tabiat pemakanan. ·
5. Merujuk anda kepada doktor perubatan iaitu pusat kesihatan atau pakar pergigian jika
perlu.



Bagi aktiviti pemeriksaan kesihatan, pelajar mendapat infomasi berguna mengenai pemeriksaan kesihatan yang harus diberikan penekanan bagi mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup wanita. Justeru, pendedahan tentang jenis-jenis penyakit yang mudah dihadapi dan berisiko tinggi perlu dipertingkatkan termasuk keperluan penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Disamping itu, program ini mempertingkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan wanita tentang pentingnya kesejahteraan kesihatan, pencegahan penyakit dan perawatan diri. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ialah ujian tekanan darah dan penerangan tentang jenis-jenis penyakit yang berisiko tinggi yang perlu dicegah antaranya demam malaria, tibi, serangan jantung, HIV dan sebagainya.



Program “Sihat D’ Anggerik” telah berjalan dengan lancar seperti yang telah diaturkan oleh JPK Anggerik dengan bantuan AJK Program. Program ini telah tamat pada jam 4.00 petang. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar wanita khususnya penghuni Kolej Anggerik mengambil berat tentang kesihatan diri disamping mempunyai sikap bertanggunjawab dan prihatin didalam menderma darah. Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan ditujukan khas kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program berlangsung terutama sekali kepada Felo Kolej Anggerik, JPK Anggerik, dan AJK Program.
Nota:
1. Laporan disediakan oleh Saudari Shafina Ismail
2. Terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Klang, Fakulti Pergigian UiTM dan Pusat Kesihatan UiTM

Super Dooper @ Anggerik

Pada 8hb Ogos 2010 lalu, hari Ahad iaitu semasa program SuperDooper@Anggerik, program ini bermula dengan pembukaan kaunter pendaftaran pada jam seawal 7.30 pagi dan pendaftaran ditutup pada jam 8.00 pagi oleh biro pendaftaran. Selepas itu, program ini dimulakan dengan program senamseni yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Lahir B Maharam selama satu jam. Pelbagai kaedah senamseni yang ditunjukkan oleh beliau kepada para pelajar Kolej Anggerik.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan acara pertandingan membungkus nasi lemak seiring dengan pertandingan cabaran teh tarik yang dikendalikan oleh biro program dan dibantu oleh para Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan ajk program yang lain. Dalam pertandingan ini para pelajar masing-masing menunjukan kepakaran masing-masing dalam membungkus dan cabaran teh tarik. Kedua-dua pertandingan ini diadili oleh Pegawai Pembangunan Pelajar, En. Azmi b Adnan, Cik Zuriati dan Saudari Norhidayu (YDP Kolej Anggerik). Para peserta dan pelajar Kolej Anggerik bersarapan dengan menu nasi lemak dan teh tarik selepas sahaja berakhirnya cabaran teh tarik dan pertandingan bungkus nasi lemak. Selepas sahaja bersarapan, acara diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka yang diwakili oleh blok-blok Kolej Anggerik dimana mereka semua mempamerkan pasukan sorak dan maskot blok masing-masing.


Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah boling padang, ikat belon dikaki, terompah gergasi, straw&getah, kongsi psurat khabar, baling bola ping pong, bawak bola pingpong, dan mengubah coklat. Aktiviti ini diadili dengan jumlah pungutan mata untuk setiap sukaneka yang dijalankan. Program ini diuruskan oleh biro program dan bantuan dari Jawatankuasa Kolej Anggerik dan AJK program SuperDooper@Anggerik. Acara tambahan selepas sahaja aktiviti sukaneka yang dijalankan, pertandingan memperagakan maskot blok masing-masing berdasarkan tema yang telah ditetapkan sebelum program ini berlansung. Sepanjang program ini berjalan, turut diadakan pertandingan teka kacang dan sementara menunggu aktiviti tamat, Borang kaji selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumbalas dan pendapat pelajar Kolej Anggerik sepanjang program ni berjalan dan kelolai oleh setiausaha progam ini. Selepas itu, para pelajar telah diagihkan makanan tengah hari dan air yang disediakan.



Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Pegawai Pembangunan Pelajar, merangkap Penasihat program ini iaitu, Cik Zuriati Bt Ab. Razak. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana para pelajar memberi komitmen yang cukup bagus dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej dan berharap pelajar semua masih lagi boleh memberi kerjasama dan menghadiri pelbagai lagi aktiviti yang diadakan pada masa yang akan datang. Seterusnya majlis penyampaian hadiah dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat semua blok diberikan hadiah bermula dari tempat pertama dan keenam.
Nota kaki:
1)Laporan ini disediakan oleh Nur Suhaida che Ani merangkap pengarah program Super Dooper @ Anggerik
2) Maaf kerana gambar diletak tidak mengikut kronologi peristiwa dan x byk gmbar diletak
3) Nk tgk gmbar lg, layari laman facebook jpk anggerik uitm..

::Coming Soon::



Semua akan berlaku 25 SEPTEMBER 2010 nanti

Nantikan kemunculan program2 ini !

...Malam Pertama....

Assalammualaikum semua,

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Moga2, ramadhan kali ini memberi 1001 satu keberkatan dan rahmat buat kita semua. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Seelok-eloknya, kita dinasihatkan supaya menganggap Ramadhan itu
sebagai kali terakhir untuk kita merasainya. Untuk apa? supaya kita umat Islam akan berpuasa dan beramal hanya semat-mata kerana Allah s.w.t. Insya Allah.

Baiklah, tajuk post tu bunyinya semacam je kan? Jgn ada yg berfikiran negatif pula. walauapa pun anda semua diberi kebebasan untuk memberi buah fikiran masing2. Okay, malam pertama. Apa kaitannya dengan Kolej Anggerik kali ini? Ya, semalam merupakan
malam pertama untuk kita semua melakukan solat tarawikh iaitu solat sunat yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Jelas skrg?

Buat malam pertama ini, solat tarawikh diadakan di dewan Graha Kolej Anggerik. Alhamdulillah, ramai yang turun untuk berjemaah bersama-sama hingga penuh Dewan Graha. Alhamdulilah. Syukur. Diharapkan jumlah ini berkekalan hingga akhirnya Ramadhan nanti. Insya Allah. Apa yang penting, kita semua digalakkan untuk menambahkan amalan kita terutamanya yang sunat itu sepanjang bulan yang mulia ini. Besar pahalanya. Diingatkan juga, bukan hanya pada bulan Ramadhan saja amalan perlu diperbanyakkan tetapi hakikatnya pada bulan2 lain juga. Exco Kerohanian telah memainkan peranan yang sgt baik kami kira. Ada aktiviti lain juga sepanjang Ramadhan ini termasuklah Tilawah Al-Quran serta berbuka puasa berjemaah..dengan kata lain Iftar Jam'ie..


Pada malam tersebut, 2 orang pelajar lelaki dr Kolej Jati telah menjadi imam kami semua. Maaf, nama mereka berdua x sempat nk ambil. Gmbar diatas menunjukkan salah seorang dr mereka memberi sedikit tazkirah selepas solat tarawikh rakaat 4. Tazkirah berkenaan menyentuh tentang fadhilat bulan Ramadhan. Berdasarkan tazkirah tersebut, dapat disimpulkan disini bahawa setiap sepuluh malam di bulan ini ada fadhilat yang tersendiri yang perlu kita sama2 kejar untuk mendapatkan pahala serta rahmat dari Allah. Apa yang penting mestilah berkenaan dengan malam Lailatul-Qadar. Bersama-samalah kita mengejarnya. Insya Allah..Moga bertemu kembali...

nota kaki:

Gmbar kebanyakkan melihatkan pelajar sedang berdoa mahupun selepas solat sunat. Maklum lah, mamarazinya pun solat juga. Gmbar imam x dapat nk di-zoom dengan lebih dekat. Nanti ada yang kata teruja pula. Hehe..sekadar pemberitahuan.

Juara FESKOL 2010...

Alhamdulilah, akhirnya FESKOL 2010 telah menutup tirainya pada 7 Ogos 2010. Satu kejayaan yg sangat bermakna buat kami semua JPK Anggerik mahupun semua JPK UiTM Shah Alam kerana berjaya menjayakan program yg kami kira sangat besar kerana kali terakhir FESKOL diadakan ialah pada tahun 2008. Membanggakan lagi byk orang-orang besar seperti TNC turut bersama-sama menjayakan program ini. Pada mlm penutup tersebut, Naib Canselor UiTM iaitu Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah merasmikan majlis penutup FESKOL 2010. Wah, terharu sungguh kami semua.

  
 Apa yang kami ingin kongsi kan disini ialah, Kolej Anggerik telah dinobatkan sebagai JOHAN FESKOL 2010 ! Bangga x terkata. Tak sangka sebuah kolej yg agak kecil dan tersorok dihujung kampus mampu menandingi kolej-kolej yang lain. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga dan JPK Anggerik yg menjayakan program FESKOL ini. Tanpa kamu semua, belum tentu Anggerik mampu utk menjuarai waima mendapat tempat ketiga sekalipun. Kini, Anggerik mampu berdiri sama tinggi dengan kolej yang lain. X sangka kerana terasa seperti Anggerik tidak banyak menghantar penyertaan kepada pertandingan-pertandingan sempena FESKOL ini. Lebih-lebih lagi debat dan juga video korporat. Cuba kalau ada pertandingan menghias rumah mahupun mereka cipta, pasti Anggerik menghantar byk penyertaan. Wah, mntang-mntang Fakulti Senibina berlagakala pula. Bukan berlagak, tp itulah kelebihannya.

Akhir kalam, tahniah diucapkan sekali lagi kepada Anggerik. Tak lupa juga pada kolej-kolej lain yang turut mendapat tempat dlm FESKOL ini. Semoga ukhwah yang terjalin antra kita semua sama ada sebelum, semasa dan selepas FESKOL ini berkekalan hingga bila2..

Segala yang baik itu dtgnya dr ALLAH dan yg buruk itu dari kekhilafan kami sendiri..sekian

FESKOL 2010: Catur Bestari

Assalammualaikum..maaf atas kelewatan untuk menulis post-post terbaru buat tatapan semua. Sebenarnya, banyak yang ingin dikongsi dan diceritakan bersama kerana adanya FESKOL 2010 atau nama penuhnya Festival Kolej 2010 bukan Festival Keamatan ya. Hahaha..sekadar gurauan.


Baiklah, FESKOL 2010 telah membuka tirainya pada 1 Ogos 2010. Acara pertama yg menjadi pembuka tirainya ialah simulasi pernigaan dan juga catur bistari. Membanggakan lagi kedua0dua acara telah diadakan di Kolej Anggerik. Disini, kami ingin fokus pada acara Catur Bistari. Catur Bistari ini bukan lah seperti catur yang biasa kita main tu. Catur bistari ini sama seperti kita bermain monopoly tetapi konsepnya banyak kearah perniagaan Islam kerana adanya penambahan seperti "amal jariah", "sedekah" dan sebagainya. Agak sukar mulanya untuk semua kumpulan bagi memulakan permainan kerana rata-rata ini adalah pengalaman pertama mereka bermain permainan ini. Mencabar. Sungguh mencabar. Jadi tidak hairan lah siapa yang menang bakal mewakili UiTM ke peringkat yg lebih tinggi.

2 gambar diatas menunjukkan gambar wakil jpk kami yang bertanding. Kak Pah yg begitu tertekan sebelum permainan bermula lagi. entah apa yang tertekan pun kami x faham. Mungkin begitu teruja nak menang kot. Tapi dapat jadi simpanan saja. Itu cukup memadai Kak Pah..Lagi satu pula pasukan Kak eton, Exco Kepimpinan kami. Kumpulan beliau mmg sgt ceria. Mcm ketuanya juga.

Catur Bistari ini berada dibawah Johor corporation. Pihak Jcorp memberi kerjasama yang baik terhadap Feskol 2010. Terima kasih diucapkan kepada mereka. diharap dapat bekerjasama lagi dengan mereka pada masa akan datang. Pihak JCorp diatas sedang sibuk mengagihkan barang2 permainan. Mereka juga turut menjelaskan peraturan permainan ini dengan jelas supaya tiada sebarang masalah yang timbul.

Ingin dinyatakan disini, hampir semua kolej menghantar penyertaan. Anggerik merupakan penyertaan terbanyak. Tahniah diucapkan. Memang penuh studio anggerik pada hari kejadian. Pada akhir pertandingan, 4 pasukan terpilih untuk mewakili UiTM dan ini termasuk pasukan simpanan. Pasukan yang juara dalam pertandingan pada hari tersebut ialah pasukan dari Kolej Perindu. Tahniah pada mereka. Semoga berjaya untuk peringkat seterusnya. Pemenang saguhati turut mendapat hadiah merupa voucher KFC. Menarik bukan??

Ni la pemenang tempat pertama pada hari tersebut.

Banyak penyertaan saat2 akhir yang pihak kami terima. Disini, kami wakil JPK Anggerik dan juga Jwatankuasa FESKOL ingin memohon maaf diatas segala kesulitan dan masalah yang telah terjadi pada hari tersebut. Sesungguhnya yang baik itu datanagnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri..sekian

Tayangan Wayang Mingguan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulilah, kita bertemu kembali sekali lg disini di blog JPK Anggerik. Baiklah, berdasarkan tajuk post kali ini kami ingin menceritakan serba sedikit tentang aktiviti minggu ini. Aktiviti atau program yang kami maksudkan ialah Tayangan Wayang. Insya Allah, wayang akan diadakan pada setiap hujung minggu bg memenuhi aktiviti di kolej Anggerik. Tayangan wayang telah diadakan pada hari Jumaat (16 Julai 2010) dan Sabtu (17 Julai 2010). Tayangan diadakan pada pukul 8.30 malam. Dua filem yang kami tayangkan untuk 2 hari tersebut ialah Andartu Terlampau: 21 Hari mencari Suami dan Niyang Rapik.

Inilah tiket wayang yang Anggerik sediakan. Tiket ini dijual oleh JPK di setiap blok dengan harga RM 1. Secara automatiknya, tiket ini dijadikan kupon aktiviti. Menarik bukan?

Lupa nk beritahu, tayangan diadakan di Dewan Graha. Selama 2 hari tayangan, kami pihak JPK Anggerik turut mengadakan jualan makanan ringan. Kami menjual kentang goreng, sosej, jeruk, keropok, air kotak serta beberapa jenis air yang lain. Kesemua makanan ini kami jual dengan harga yang berpatutan. Alhamdulilah, jualan tiket dan makanan amat memberangsangkan.


Beginilah keadaan di dalam Dewan Graha semasa tayangan. Gelap. Seperti dalam panggung wayang yang sebenar.



Beli kak jangan x beli. Agaknya itu yang Seri katakan kepada dua orang pelanggan ini...

Insya Allah, tayangan wayang akan diadakan lagi pada minggu hadapan. Tak lupa juga pada 25 haribulan ini Kolej Anggerik akan mengadakan program rasmi yang pertama iaitu SUPERDOOPER@Anggerik. Diharap anda dapat hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Program ini adalah idea dr Cik Nur Suhaida merangkap Exco Perhubungan Dalaman Kolej Anggerik.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pengarah program semester ini diatas kelulusan bajet anda bajet semasa mesyuarat bersama Tabung Amanah Kolej. Diharap kita semua bersama-sama menjayakan semua program di Anggerik bagi memantapkan lagi kolej ini.

Sekian...

p/s: Maaf diatas ketidakcantikkan gambar yg disediakan buat tatapan anda kali ini. Almaklumlah, ketiadaan kamera digital pada waktu ini membuat kan mamarazi menggunakan kamera dr telifon bimbitnya yang hanya 2 megapixel sahaja..

Bertemu Kembali

Assalammualaikum w.b.t

Wah, blog JPK ini sudah lama tidak dikemaskini. Maaf la. Masing2 sibuk dan ada komitmen yang lain. Jadi mgkin ini menjadi faktor ketidakkemakinikan blog. hah, betol ke ayat ni? Baiklah, tiada apa yang ingin diceritakan dengan terperincinya disini. Cuma, sepanjang semester lepas (Jan-April) JPK Anggerik telah mengadakan pelbagai aktiviti yang kami kira dapat membuat orang rasai kewujudan kami. Hmm..bukan la kami tak wujud sebelum ini tetapi kolej Anggerik agak 'suram' atau lebih tepatnya orang kata tidak popular berbanding kolej lain. Mungkin JPK kali ini masing2 lebih agresif untuk menyerlahkan lagi kolej kami dan juga meletakkan kolej kami setaraf dengan kolej-kolej yang lain. Bak kata pepatah; berdiri sama tinggi, duduk sama rendah..

Boleh dikatakan juga kali ini JPK-JPK di kolej lain juga bersaing dalam mengadakan aktiviti di kolej mereka. Boleh dilihat disekitar UiTM ini, pelbagai poster mahupun 'banner diletakkan bagi menarik perhatian orang ramai untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Impaknya disini, aktiviti disesebuah kolej itu bakan sahaja disertai oleh pelajar kolej itu sendiri malah turut disertai oleh pelajar kolej-kolej lain juga. Sekaligus, ini dapat mngeratkan lagi hubungan antara kolej-kolej yang lain. Bak kata seseorang: tak kenal, maka takkan kenal la sampai bila-bila.

Ini saja lah yang kami dapat coretkan buat masa ini. Maaf atas segala kesalahan dari segi tatabahasa mahupun ayat dalam entry kali ini. Sudah lama tidak menulis blog sebenarnya. segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri.

Sekian...

Pembuka Bicara

Assalamualaikum....

Syukur ke hadrat Illahi dengan segala rahmat dan keberkatan darinya dapat juga kami membina sebuah blog JPK Kolej Anggerik. Sebenarnya, perancangan untuk mengadakan blog JPK ni dah lama, cuma tak berkesempatan untuk membuatnya. Alhamdulillah pada hari ini 26 Februari 2010(Jumaat) blog ini akhirnya berjaya dilancarkan. Tujuan utama blog ini adalah untuk berkongsi segala maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh JPK 2010/2011 dengan semua terutama para mahasiswa dan siswi UiTM.

Idea untuk membina sebuah blog dicetuskan oleh salah seorang Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Anggerik, iaitu Cik Zuriati Abd. Razak. Beliau merasakan JPK perlu menubuhkan sebuah blog untuk berkogsi segala maklumat, ilmu dan aktiviti dengan semua.

Tiada apa bicara yang ingin dicoretkan lagi. Tiada madah istimewa yang ingin diucapkan selain rasa syukur yang tidak terhingga pada Yang Esa. Sempena sambutan Mulidur Rasul ini, diharapkan kita semua dapat mewarisi kepimpinan Baginda Rasulullah s.a.w dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.....

Akhir kata, salam maulidur rasul pada semua.... Kerja itu satu amanah yang dipertanggungjawabkan. Lakukan ia sebaiknya...

Wassalam...

Us

Us

Followers

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates