Sihat D'Anggerik

Tarikh: 25 september 2010
Tempat: Anjung Blok A1
Waktu: 9.00 pagi - 4.00 petang

Pada 25 September yang lalu, JPK Anggerik telah mengadakan program Sihat D'Anggerik. Program ini pada dasarnya telah mendapat ilmu yang berguna dan bermanafaat antaranya cara-cara penjagaan gigi yang betul, kepentingaan terhadap penjagan kesihatan diri, membentuk masyarakat yang prihatin kepada pesakit yang memerlukan darah melalui program menderma darah.



Bagi aktiviti derma darah, pelajar Anggerik berpeluang merasai, melihat tentang aktiviti derma darah. Mereka juga mendapat nasihat berguna tentang kelebihan menderma darah dimana seseorang itu akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan apabila dia menderma darah. Malah jika zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, iaitu satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).Setiap penderma juga akan dapat mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Hanya 60 orang yang menderma daripada 100 orang yang disasarka
n


Bagi aktiviti pemeriksaan gigi, pelajar-pelajar mendapat pengetahuan berguna mengenai cara mencegah penyakit gigi, mengesan penyakit gigi di peringkat awal, menyelia penjagaan kebersihan gigi sendiri dan sebagainya. Semasa pemeriksaan, doktor pergigian akan : ·

1. Mengemaskini rekod gigi dan perubatan. ·
2.Memeriksa dan merawat masalah gigi -
i. Kerosakan gigi. -
ii. Penyakit gusi. ·

3. Melakukan rawatan pencegahan seperti penskaleran dan pengilapan. ·
4. Memberi nasihat mengenai penjagaan kebersihan mulut : -
i. Teknik memberus dan menggunakan flos. -
ii. Tabiat pemakanan. ·
5. Merujuk anda kepada doktor perubatan iaitu pusat kesihatan atau pakar pergigian jika
perlu.



Bagi aktiviti pemeriksaan kesihatan, pelajar mendapat infomasi berguna mengenai pemeriksaan kesihatan yang harus diberikan penekanan bagi mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup wanita. Justeru, pendedahan tentang jenis-jenis penyakit yang mudah dihadapi dan berisiko tinggi perlu dipertingkatkan termasuk keperluan penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Disamping itu, program ini mempertingkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan wanita tentang pentingnya kesejahteraan kesihatan, pencegahan penyakit dan perawatan diri. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ialah ujian tekanan darah dan penerangan tentang jenis-jenis penyakit yang berisiko tinggi yang perlu dicegah antaranya demam malaria, tibi, serangan jantung, HIV dan sebagainya.



Program “Sihat D’ Anggerik” telah berjalan dengan lancar seperti yang telah diaturkan oleh JPK Anggerik dengan bantuan AJK Program. Program ini telah tamat pada jam 4.00 petang. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar wanita khususnya penghuni Kolej Anggerik mengambil berat tentang kesihatan diri disamping mempunyai sikap bertanggunjawab dan prihatin didalam menderma darah. Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan ditujukan khas kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program berlangsung terutama sekali kepada Felo Kolej Anggerik, JPK Anggerik, dan AJK Program.
Nota:
1. Laporan disediakan oleh Saudari Shafina Ismail
2. Terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Klang, Fakulti Pergigian UiTM dan Pusat Kesihatan UiTM

Us

Us

Followers

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates